Pages

Saturday, April 10, 2010

Benarkah kita munafiq?

Saya merasa sedih dan terkilan dgn tuduhan sebegini kepada saudara2 ku.
Dalam kenyataannya beliau Mansor Bakri, menuduh UMNO - First Class Munafiq

Mengapa begitu mudah kita menghukum saudara2 hanya kerana kepentingan politik semata.
kenyataan sebegini bukanlah pertama kali, sudah menjadi seperti kebiasaan atau adat demi memuaskan hati.



Smga kebaikan sentiasa mendapingi kita semua didunia dan akhirat.

Berikut tanggapan beliau.


UMNO - First Class Munafiq difacebook


Assalamualaikum w.b.t.

Dua tiga hari ini saya dan kawan-kawan saya yang lain duk sibuk berhujah pasal hudud. Terus-terang saya katakan bahawa saya bukanlah orang yang master dalam bidang ini, oleh itu saya lebih mengharapkan sahabat lain yang lebih berilmu untuk menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan tentang hudud. Namun sedar atau dalam masa dua-tiga hari itulah kita memang betul-betul buang masa melayan mereka tentang isu ini.

Melihatkan kepada hujah-hujah yang dikeluarkan oleh mereka, mereka sebenarnya bukan orang yang jahil jauh lagi orang yang bangang. Mereka tahu akan kewajiban mendaulatkan hukum ALLAH itu. Isi-isi penting dalam perlaksanaan hudud itu mereka tahu. Kita juga tak boleh nak kelaskan mereka sebagai Jahil Muraqqab sebab sememang mereka mengetahui akan kelebihan-kelebihan hukum ALLAH ini. Jadi kenapa mereka menentang.

Oleh itu mereka marilah kita kembali kepada sirah Rasulullah s.a.w. Sebelum kedatangan Rasul akhir zaman lagi puak-puak yahudi sudah tahu akan kedatangan Nabi Muhammad ini. Berita-berita kedatangan Rasul terakhir ada diceritakan dalam kitab-kitab terdahulu seperti Taurat dan Injil, tetapi apabila Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan menjadi Rasul yang terakhir, mereka memalingkan muka dari Muhammad. Pelbagai fitnah dilontarkan terhadap Ajaran Nabi Muhammad ini, walhal mereka mengakui akan kedatangan Rasul akhir zaman ini. Mereka betul-betul protes akan kedatangan Rasul akhir zaman ini kerana Muhammad bin Abdullah bukan dari kalangan bangsa mereka. Berbalik kepada sikap UMNO terhadap hudud ini pelbagai alasan dan dalih dikemukakan untuk tidak dilaksanakan hudud. Bermula dengan dalih Negara Malaysia bukan 100% muslim dan apabila dijawab beralih ke dalih lain pula seperti ini Hudud PAS bukan Hudud Allah dan kalau begitu sila bentangkan hudud sebenar ke Parlimen berpindah pula ke dalih dari segi kemampuan kewangan pula. Akhir sekali kita tahu sikap sebenar mereka iaitu duit adalah penentu segala-galanya.

Sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya keseorangan kenapakah puak-puak ini menolak sekeras-kerasnya hukum hudud ini. Apakah motif sebenar mereka menolak hudud ini.

Kepada sahabat dan juga sahabat kepada sahabat saya di luar sana itu, jikalau anda mahu undang-undang ciptaan ALLAH ini tidak disyariatkan di Negara silalah kekalkan Kerajaan sedia ada ini. Jika kita nak terus-terusan ingin melihat anak-anak muda kita rosak akhlak, lahirkan anak luar nikah dan buang anak sana sini silalah tentang habis-habisan Hukum Hudud ini. Tapi ingatlah janji-janji ALLAH di akhirat nanti terhadap mereka yang mempelecehkan Hukum Allah ini.

Kepada pihak penyokong-penyokong UMNO sekelian, jika nak berhujah soal Islam atau Hudud dengan aku, dengan segala hormatnya silalah berambus dari Wall sebab sememangnya anda semua adalah first class munafiq.
Baca seterusnya komen2 yg terdapat.


Dikemaskini lebih kurang 2 minggu yang lalu ·
· · Laporkan Nota
Kang Nasir
Kang Nasir
tksh tuan.
Memang tidak dinafikan.
Hukum2 & ketetapan allah adalah yg terbaik, & tiada siapa yg boleh meminda apa yg termaktub dalam al-quran.
Sedangkan hukum2 ciptaan manusia boleh diubah dipinda bila2 masa bersandarkan selera semasa.

Pandangan saya.
Bukanlah lebih baik cadangkan agar undang2 syariah diseragamkan & diperkemaskinikan atau diperketatkan berhubung salah laku akidah.

Saya memberi pandangan bukan bermakna saya menolaknya. Adakah tuan yakin dgn terlaksananya hudud jenayah salah laku boleh dibenteras? Undang2 sedia ada sudah cukup memberi kita pengajaran. Pengedar dadah umpamanya. Mereka tahu disabit kesalahan gantung sampai mati. Adakah mereka gentar. Sedangkan majoritinya adalah melayu islam.

Begitu juga peruntukan undang2 sedia ada.(kelemahan) gadis/is3 org beragama islam yg ditahan kerana berkesedudukan umpamanya. Pasangannya dilepaskan begitu sahaja. Pandangan tuan bagaimana. Sewajarnya dia juga lakukan kesalahan dan didakwa. Kerana wanita terpedaya jika diperdaya. Dan tergoda bila digoda.

Apa yg terbaik utk agama islam, bangsa & negara ku, itu yg saya pilih. 
Asalkan kesucian agama islam tidak dipersendakan.
Tksh tuan.
pada 24hb Mac pukul 3.34 ptg melalui Facebook Mudah Alih ·
Mansor Bakri
Mansor Bakri
Saudara Nasir. Terima kasih atas pandangan saudara Kang Nasir itu. Seperti yang saya nyatakan dalam nota saya, saya taknak buang masa saya dan saudara untuk menjawab soalan saudara itu.
pada 24hb Mac pukul 3.51 ptg

No comments:

Post a Comment